Corak warna kriptik dalam alam Penyamaran

    Maklumat selanjutnya: [[Crypsis]] dan [[Antipredator adaptation]]

Corak warna kriptik ialah bentuk penyamaran yang paling banyak digunakan, iaitu terdapat dalam majoriti spesies. Cara yang paling ringkas untuk haiwan menyamar adalah serupa warnanya dengan persekitarannya. Contohnya: "warna tanah" rusa, tupai, atau tikus kesturi (untuk memadani warna pokok atau tanah), atau gabungan kulut biru bahagian bawah perut putih ikan jerung melalui kaedah lawan penggelapan (yang menyukarkan pengesanannya dari atas dan bawah). Corak-corak yang lebih rumit terdapat pada haiwan-haiwan seperti ikan flounder, rama-rama, katak, dan sebagainya.

Jenis penyamaran yang dikembangkan oleh sesuatu spesies bergantung kepada beberapa faktor:

  • Persekitaran tempat tinggal. Biasanya inilah faktor terpenting.
  • Fisiologi dan kelakuan haiwan. Haiwan-haiwan berbulu memerlukan cara penyamaran yang berbeza daripada haiwan-haiwan berbulu pelepah atau bersisik. Begitu juga, haiwan-haiwan yang hidup berkumpulan menggunakan teknik penyamaran berbeza daripada haiwan-haiwan bersendirian.
  • Apabila dikejar pemangsa, maka kelakuan atau kecirian itu pemangsa boleh mempengaruhi cara menyamarnya. Misalnya, jika pemangsa berpenglihatan akromatik ("tak berwarna"), jadi si mangsa tidak perlu memadankan warnanya dengan persekitarannya.

Terdapat dua cara haiwan menghasilkan warna:

  • Biokrom: pigmen mikroskopik semula jadi yang menyerap jarak gelombang cahaya tertentu dan memantu yang lain, maka menimbulkan warna tampak untuk diperlihatkan kepada pemangsa utamanay.
  • Struktur fizikal mikroskopik yang bertindak seperti prisma untuk memantul dan menyerakkan cahaya untuk menghasilkan warna yang berbeza dari kulitnya, seperti bulu lutcahaya beruang kutub yang sebenarnya berkulit hitam.
Kemimikan melindungi serangga.

Corak warna kriptik juga boleh berubah mengikut perubahan musim atau perubahan persekitaran yang mendadak. Contoh, rubah Artik berbulu putih pada musim sejuk, dan berbulu perang pada musim panas. Mamalia dan burung masing-masing perlu menukar bulu dan pelepahnya, tetapi sesetengah haiwan seperti sotong katak, memiliki kromatofor, iaitu sel-sel pigmen bertakat lebih dalam yang boleh dikawal oleh haiwan tersebut. Haiwan-haiwan lain pula seperti spesies ikan atau nudibranka tertentu boleh menukar warna kulit dengan menukar pemakanannya. Bagaimanapun, makhluk bertukar warna yang terkenal sekali, iaitu mengkarung, biasanya tidak menukar warna untuk menyamar, sebaliknya untuk meluahkan perasaan.

Selain warna, corak warna kriptik selalunya tidak lengkap tanpa bantuan corak kulit. Ilusi Craik-O'Brien-Cornsweet menghuraikan bahawa pencerapan penglihatan dipengaruhi oleh kontras garis bentuknya. Misalnya, seseorang mencerap seekor anjing daripada bentuknya dan bukan warnanya. Biasanya, apa yang paling penting untuk mendapatkan corak warna kriptik yang bagus adalah memecahkan garis bentuk badan sesuatu makhluk. Contohnya, corak belang membantu harimau dan kuda belang berpadu dengan persekitaran masing-masing iaitu hutan dan padang rumput. Apa yang menarik mengenai contoh belang ini adalah, walaupun manusia boleh merasai corak warna kedua-dua haiwan tersebut langsung tidak memadani persekitaran, tetapi sebenarnya, mangsa harimau biasanya agak buta warna hinggakan tidak dapat membezakan warna jingga dan hijau, sementara pemangsa utama kuda belang, iaitu singa, juga buta warna, apatah lagi apabila kuda belang berkumpul menjadi sekawan, maka belang-belangnya turut berpadu bersama hinggakan agak sukar bagi singa mengesan seekor kuda belang individu.

Dalam alam semula jadi, haiwan-haiwan kuat merasai tekanan evolusi untuk berpadu dengan persekitaran atau menyorokkan rupa bentuknya; bagi mangsa untuk mengelakkan ancaman pemangsa dan juga pemangsa untuk mudah menghendap mangsanya. Oleh itu perlunya penyamaran semulajadi melalui pelbagai cara. Selain berpadu dengan persekitarannya, haiwan juga boleh menyamar dengan badannya sendiri sebagai sesuatu yang kurang menarik atau kelihatan berbahaya.

Kebolehan menyamar juga boleh diatasi oleh kebolehan mengesan haiwan yang menyamar juga sentiasa berevolusi, tetapi dibalas oleh kecirian kriptik spesies penyamar yang juga turut berevolusi.

Sesetengah haiwan penyamar juga meniru pergerakan semula jadi, misalnya daun yang tertiup dalam liar. Ini dipanggil kelakuan atau tabiat prokriptik. Ada yang lain yang memasang atau menarik bahan semula jadi untuk menyorokkan badannya.

Galeri

  • Ketam Hoplophrys oatesii bersembunyi dalam karang lembut di Timor Leste.
  • Corak warna putih Arnab Artik menyamarkannya dalam salji
  • Penyamaran membolehkan pemangsa menangkap mangsanya
  • Burung Takung Mesir bersarang di kawasan pasir lapang dan hanya dilindungi oleh corak warnanya
  • Kucing belang berpadu dengan persekitaran (musim luruh)
  • Ketam yang dilitupi oleh alga merah di Pantai Moss, California
  • Ibex yang berlawan penggelapan sukar dikesan di gurun Israel.